Pengalaman bersalin czer anak ketiga

Assalamualaikum semua.


1/7/2019 tarikh yg tak mungkin dapat aku lupakan.


Pagi itu seawal jam 3 pagi perutku mengeras dan memulas. Aku anggap ianya perkara biasa kerana kandunganku baru berusia 37 minggu 4 hari. Aku bangun ketika suami dan anak-anak masih lena diulit mimpi. Aku mengemas pakaianku untuk kegunaan di kampung nanti, hanya itu sahaja yang belum siap di kemas. 


Aku mengemas sambil melayan perasaan, aku sendiri tidak pasti dengan apa yang aku rasa dan fikirkan ketika itu. Air mataku tidak berhenti mengalir, aku terasa sedih benar. 


Tanpa sedar jam berganjak ke angka 6. Aku kejut suamiku untuk bangun dan mengajaknya ke hospital. Yaa, perutku mengeras lain macam kali ini. Setiap 30 minit sekali dalam tempoh 1-2 minit jangka mengerasnya. Serius aku lupa, adakah itu kontraksi? Aku sendiri tertanya-tanya, perlu atau tidak sebenarnya ke hospital. Memandangkan suamiku berkata “kita pergi sahaja periksa dahulu, mana tahu baby nak keluar awal”. Aku pun bersetuju untuk ke Hospital Kuala Lumpur. 


Aku persiapkan diri sambil suamiku mandikan anak-anak. Jiwaku masih lagi sendu, sedih benar rasanya. 


Seawal jam 8 pagi aku dan suami menghantar anak-anak ke rumah pengasuh, anak-anak melambai seperti biasa. Tanpa sedar air mataku mengalir, aku tak sanggup rasanya nak berpisah dengan mereka untuk hari ini. 


Sebelum bergerak ke hospital kami sempat sarapan pagi dahulu di gerai berhampiran rumah. Aku makan nasi goreng dan telur mata. Ketika itu perutku masih mengeras, kekerapannya semakin tinggi. Aku pinta suami untuk segera ke hospital. 


Suami mengajakku untuk singgah dahulu di pejabatnya untuk mengambil GL. Perjalanan yang biasanya pendek menjadi panjang kerana kesesakkan lalulintas. Kami sampai di hospital sekitar jam 10pg.


Di hospital suami menurunkan aku di bangunan wad bersalin dan berlalu pergi untuk meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya. Sambil menunggu nama dipanggil, aku sempat berborak dengan ibu-ibu lain yang berada di situ. 


Kini tiba giliranku untuk diperiksa oleh seorang doktor wanita. Perkara pertama yang dilakukannya adalah dengan meng’scan’ perutku, berkerut kening doktor tersebut sambil melihat di skrin. Beliau memanggil rakan doktornya juga seorang doktor wanita untuk melihat kandunganku. Doktor tersebut turut memeriksa berapa bukaan yang ada, ternyata telah terbuka 2cm laluan untuk melahirkan. 


Tanpa banyak bicara doktor tadi tersenyun kepadaku dan berkata “puan terpaksa ‘emergency czer’ hari ini juga kerana anak puan songsang dan jalan dah bukak 2cm. Kami takut risiko uri atau tali pusat terkeluar dahulu. Ianya akan membahayakan kedua ibu dan bayi. Puan harap bertenang ya”. Lidahku kelu, aku terasa ingin menangis sekuatnya tetapi masih mampu ku tahan. 


Jururawat mula mengambil tugas mereka, ada yang memasang alat CTG untuk memantau denyutan jantung bayi, ada yang mengambil darah dan memasang jarum ditanganku sambil memberi ubat untuk pembedahan dan ada yang cuba menenangkan aku. 


Setelah semuanya selesai, aku mencari kelibat suamiku. Suamiku memandang sayu dan menganggukan kepala. Doktor telah menerangkan semuanya. Kami REDHA. 


Jururawat memberikan aku pakaian untuk ditukar, ianya berwarna biru. Ya, pakain untuk ke bilik pembedahan. Aku ditolak ke dewan bersalin sementara menunggu dewan pembedahan kosong, suamiku turut serta. 


Ketika di dalam dewan bersalin, doktor bertugas menghampiriku. Beliau membaca failku dan cuba untuk memusingkan bayi kearah yang sepatutnya tetapi gagal kerana anak dalam kandunganku tidak mahu bergerak mengikut putaran yang beliau lakukan. Beliau juga tidak mahu mencuba lagi kerana laluan telah terbuka dan risiko lain adalah tinggi. 


Aku menunggu sekitar 5 jam didalam dewan bersalin sambil melayan kontraksi 4in10, sakitnya 5 minit sekali. Huhh, kalau tak songsang mesti dah keluar dah babynya. 


Jam 5 petang aku ditolak ke dewan pembedahan, ya inilah pengalaman pertama yang tak akan aku lupakan. Semua jururawat dan doktor telah bersedia menunggu kehadiranku. Seorang doktor bius juga seorang doktor wanita sangat lemah lembut menerangkan kepadaku prosedur bius yang akan beliau lakukan. Aku dicucuk di tulang belakang, rasanya sangat sakit ketika jarum dicucuk. Selepas 5 minit kakiku dan perut menjadi kebas dan tiada rasa, doktor tadi cuba menguji dengan mencucuk kedadaku dan perutku sambil bertanya apakah aku masih terasa jarum tersebut. Sesungguhnya tiada apa yang dapat dirasakan dan proses pembedahan diteruskan. Selang 15 minit kemudian terdengarlah tangisan seorang bayi. Alhamdulilah bayiku telah selamat melalui proses pembedahan. 


Maka lahirlah hamba Allah yang diberi nama Aidan Rizqi Bin Mohd Kusairi pada 1/7/2019 @ 17.28 dengan berat 3.15kg (37 minggu 4 hari). 


Pengalaman bersalin czer anak ketiga
Aidan Rizqi 01/07/2019


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda =)