Sedekah SUBUH

 APA ITU SEDEKAH SUBUH?

.

Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh iaitu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat subuh. Jangka waktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan memasukkan sedikit wang ke dalam satu bekas secara istiqomah selama 40 hari.

.

CARA-CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.

.

LANGKAH-LANGKAH.

.

1. Sediakan satu bekas yang boleh diisi duit.  Saya cadangkan bekas kuih raya plastik bertutup merah yang jernih warnanya (atau apa saja bekas yang sesuai).

.

Langkah 1

• Lestari – kitar semula.

• Mudah dan murah.

• Nampak duit kita terkumpul sebab warna bekas tu jernih – jadi MOTIVASI.

.

Langkah 2

• bertanggungjawab terhadap tabung kita sendiri.

.

~ Setiap pagi selepas solat subuh masukkanlah sedikit duit dalam tabung tersebut – seikhlas hati, RM2.00 atau RM1.00 ataupun RM0.10… tak kisah asal ikhlas dan mampu.

.

Langkah 3

• Biar sikit asal istiqomah.

• Sederhana dalam amalan.

.

~ Semasa kita memasukkannya, niatlah dalam hati tentang hajat @ apa keperluan kita – mudah-mudahan Allah perkenankan.

.

Langkah 4

• Tidak salah memohon dari pemilik kita.

• ALLAH tempat meminta.

• Jgn fikir ikhlas @ tidak sebab utk ikhlas kena latihan.

.

~ Selepas itu doa (ringkas saja dlm Bahasa Melayu pun boleh dan yakinlah bahawa setiap janji ALLAH benar) cth: Ya Allah,perkenankanlah hajatku.

.

Langkah 5

• Bertawasul dengan amal soleh.

• Membentuk keyakinan ke peringkat haqqul yakin.

.

~ Teruskan setiap subuh hingga cukup 40 hari @ 30 hari  -

tak  salah kalau tiap-tiap hari nak pergi beri sendiri ke rumah anak yatim.

.

Langkah 6

• Untuk membentuk sikap istiqomah bukan bermusim.

• Untuk menjimatkan masa sebab waktu pagi ada sibuk dengan urusan pergi kerja/sekolah dll.

.

~Waktu yang dicadangkan ialah SELEPAS SUBUH SEBELUM SYURUK (boleh juga waktu bila-bila pun buat sebab sedekah ni tak ada had masa).

.

Langkah 7

• Setiap pagi ada malaikat yang mendoakan orang yang membuat amal soleh. – rebut peluang ini dengan iringan doa malaikat.

.

~ Setelah 40 hari terus keluarkan untuk dibuat agihan - teruskan sedekah subuh pada hari 41 dikira hari 1 semula.Tidak menjadi kesalahan jika tak cukup 40 hari. 

.

Langkah 8

• 40 hari ini hanya latihan utk istiqomah.

• Juga utk membentuk kesabaran.

• Juga utk menguji keimanan – sejauh manakah kita amanah menjaga duit sedekah selama 40 hari itu.

• Untuk memudahkan @ Jika mampu pergi cari fakir miskin setiap subuh setiap hari(ini lebih baik).

.

Jika outstation masih teruskan, lepas subuh, asingkan duit yang hendak disedekah kan itu  ke dalam sampul duit raya/envelope terpakai atau apa saja bekas yang berasingan, dan apabila sampai di rumah kelak, masukkan duit yang disedekahkan itu dalam tabung sedekah subuh kita. Iaitu dipindahkan ke tabung yang sedia ada.

.

Langkah 9

 • Supaya kita tetap melaksanakan sedekah walaupun berada di mana sahaja.

 .

APA JADI KALAU SAYA TERLAJAK SUBUH?.

.

Teruskan sedekah seperti biasa dan berazam dengan sebenar-benarnya esok saya akan sedekah pada waktu subuh.

.

BOLEH TAK KALAU SAYA SEDEKAH SUBUH TAPI TIDAK SOLAT SUBUH?.

.

Solat itu wajib, sedekah itu sunat. Amalan wajib mesti dilakukan kalau tidak bagaimana hendak mengira amalan sunat jika wajib tidak dibuat? Boleh sedekah, tetapi adakah diambil kira oleh ALLAH?.

.

APA NAK BUAT DENGAN DUIT SEDEKAH SUBUH TU?.


1. Join Projek-projek kebajikan seperti wakaf (sekolah, masjid, Al-Quran, jalan, telaga dan lain-lain), supaya dapat menimbulkan semangat Ukhwah dan hasilnya Nampak secara jelas. Team Sedekah Subuh akan membahagikan sumbangan itu kepada wakaf, sarapan pagi anak yatim dan fakir miskin, serta lain-lain kebajikan.

2. Boleh agihkan sendiri sama ada dalam bentuk tunai atau barangan kepada penerima yang tuan/puan fikirkan layak dan sesuai.

3. Beli makanan kucing, burung dan sebagainya – sedekah kepada haiwan.

4. Beri kepada ahli keluarga, yang termasuk dalam golongan anak yatim atau asnaf iaitu layak menerima zakat.(misalnya sepupu/anak buah).

.

PANTANG LARANG:

.

Duit yang telah kita sedekahkan (walaupun masih Nampak di mata dalam tabung sedekah subuh itu) tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi kerana sebaik sahaja tuan/puan mengeluarkan wang dari dompet/saku tuan/puan untuk dimasukkan dalam tabung maka hak duit itu sudah berpindah kepada HAK ALLAH DAN MENJADI MILIK ALLAH…agihkan kepada mereka yang selayaknya.

.

PERINGATAN.

.

Allah akan beri dalam bentuk:

1. Ketenangan hati

2. Material

3. Kemudahan urusan seharian diri sendiri atau anak-anak/ahli keluarga

4. Kesihatan

5. Dan sebagainya

.

Allah memberi mengikut keperluan seseorang kerana ALLAH lebih mengetahui.Ini serah kepada ALLAH kerana ALLAH sahaja yang tahu apa sebenarnya keperluan kita. Allah juga akan beri secara.

.

1. Cash – segera

2. Lambat

3. Beri di dunia

4. Beri di akhirat

.

BOLEHKAH KALAU SAYA TAK MAHU KUMPUL 40 HARI TETAPI NAK AGIH TERUS?

.

Sangat baik dan saya ucapkan tahniah jika kita dapat melaksanakannya setiap hari dalam waktu yang ditentukan.

.

BUKANKAH CARA INI MACAM TAK IKHLAS? MENGHARAP BALASAN.

.

Bila buat sedekah subuh ni niat macam-macam, nak mintak macam-macam, macam tak ikhlas pulak, nak balasan…(mungkin persoalan ini ada dalam minda anda) Ikhlas itu milik Allah, hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada sipenderma ikhlas atau tidak.Dan adakah mengharapkan balasan itu salah? Dan adakah meminta dari ALLAH itu salah? ALLAH memiliki segala kerajaan di langit dan di bumi, ALLAH sentiasa menunggu kita meminta dariNYA…DIA memiliki sekujur jasad dan roh kita, kenapa rasa bersalah meminta dari DIA dan tidak bersalah meminta dari makhluk ciptaanNYA?

Ikhlas perlu latihan, bertatih, berlatih, jatuh bangun, tersungkur, hingga sampai satu masanya nanti kita akan jadi ikhlas….tunggu sajalah saatnya akan tiba, tanpa latihan begini, agak sukar kita mencapai ke tahap tersebut.

.

Cara spesifik yang diajarkan ini bukanlah satu-satunya cara sedekah subuh dan bukanlah menganggap membuat tabung sedekah subuh itu sebagai sunnah.  Ada banyak cara lagi, dan boleh diinovasikan selagi tidak bercanggah dengan syarak.

.

.

#SharingIsCaring

#UntukPeringatanDiriSendiri

#SedekahSubuh

#Assalamualaikum

#KonsistenDalamSetiapUsaha

#salindantampal

Continue Reading