7 ZIKIR Pembuka Rezeki, Amalkan setiap hari.

 

Picture
Aku tak pandai berniaga, gaji pun cukup-cukup makan jer. Mana boleh nak simpan. Orang lain tu bolehlah. Gaji dia besar".

Pernah tak anda terfikir kenapa duit anda sentiasa tak cukup? 

Rezeki bukanlah sekadar duit semata-mata. Namun kesihatan yang baik, fikiran yang tenang, hati yang lapang, ada suami, ada isteri, ada anak-anak dan ada rumah untuk tinggal, itu juga rezeki. 

Kita WAJIB sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian rezeki dari-Nya. 

Selain rasa syukur, kita juga perlu mengamalkan amalan-amalan zikir yang diamalkan Rasulullah SAW. 

Sebenarnya, terdapat beberapa jenis zikir yang mujarab untuk membuka pintu rezeki kita yang luas. 

ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI YANG PERLU DIAMALKAN SETIAP HARI:
Picture
1. Zikir: La Hawla Wala Quwwata Illa Billaah

Zikir ini bermaksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT semata-mata. 

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya, hendaklah banyak mengucapkan - La Hawla Wala Quwwata Illa Billaah (HR. At-Tabrani)

Jadi, sentiasalah 'ringan bibir' melafazkan zikir ini setiap hari sebanyaknya. Sambil bekerja, sambil berzikir. 
Picture
2. Zikir: La Illaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Zikir ini bermaksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, yang Maha Benar lagi Maha Nyata. 

Barangsiapa setiap hari membaca La Illaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu'aim dan Ad Dailami). 
Picture
3. Zikir: Subhanallahi Wabihamdihi SubhanAllahil 'Adzim

Zikir ini bermaksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci yang Maha Agung. 

Dari setiap kalimat itu, seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta'ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da'awat).
Picture
4. Membaca surah Al-Ikhlas

Bacalah surah Al-Ikhlas ini setiap kali anda ingin masuk ke dalam rumah. Menurut riwayat HR. At-Tabrani, barang siapa membaca surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah, maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. 
Picture
5. Selawat Ke Atas Nabi

Dari Umar Bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barang siapa berselawat kepadaku satu kali selawat, maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatny sepuluh darjat. 

​Jadi, banyakkanlah berselawat ke atas Nabi dengan jadikannya sebagai rutin setiap hari. 
Picture
6. Sentiasa Beristighfar

Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah).
Picture
7. Setiap Hari Baca Doa Murah Rezeki

Ya Allah, 
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas, 
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. 

Ya Allah, 
Jika rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah,
Jika ada di bumi, maka keluarkanlah, 
Jika jauh, maka dekatkanlah, 
Jika dekat, maka mudahkanlah, 
Jika sedikit, maka banyakkanlah, 
Jika banyak, maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan. 

Ya Allah,
kabulkanlah doa kami

Amiinn Ya Robbal 'Alamin. 

​Selamat beramal :)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda =)