Dalam gembira tercalit kegusaran.

Assalamualaikum semua,

Hari ini mama A nak mengimbas kenangan tahun 2015, sebelum mama terlupa akan kenangan manis dan pahit ni lebih baik mama coretkan di sini. Semoga suatu hari nanti anak yang mama A ceritakan ni akan baca coretan mama ni.

Anak, 
Setiap insan yang sudah berumah tangga pasti mengimpikan anak,
Rezeki anak itu rahsia Allah, namun kita perlu berusaha. 

Kisah mama A untuk si sulung “dalam gembira tercalit kegusaran”. 

Tahun 2015 tahun pertama yang menyebabkan mama A ulang alik hospital dan keluar masuk hospital. Seumur hidup tak pernah tau masuk hospital, tetapi demi seorang anak mama A sanggup menempuh segala kesulitan. 




Pemandangan dari tepi jendela Hospital.

Kandungan yang tak disangka-sangka, almaklumlah sebelum tu ada checkup dekat klinik dan doktor ‘suspect’ ‘mama ada ‘cervical polyp’. Kes ‘cervival polyp’ mama dilanjutkan ke HKL untuk bertemu doktor pakar. Perjalanan ulak alik ke hospital secara sendirian pun bermula, suami masa tu ada di pusat latihan. 

Hari temujanji yang sepatutnya doktor nak scan ‘polyp’ tu bertukar menjadi berita gembira apabila ‘urine test’ mama pada pagi itu disahkan positif hamil. 

Walaubagaimanapun, dalam kegembiraan terdapat kegusaran apabila doktor scan rahim mama tetapi tidak nampak kantung bayi. 

Doktor scan ikut atas dan bawah, serius rasa senak dan tak selesa sangat masa tu. 

Akhirnya doktor buat keputusan mama kena ‘warded’ atas alasan ‘suspect’ kandungan luar rahim. 

Ya Allah masa tu memang kelu lidah tak tahu nak kata apa, dengan datang sehelai sepinggangnya, tiada waris sebagai peneman. Menangis di dalam hati tiada siapa yang tahu. 

Tujuan ‘warded’ adalah untuk membuat ujian bacaan beta-HCg, yang memerlukan ujian darah dilakukan ke atas mama. 5 hari 4 malam juga le mama tidur di wad tu. 

Alhamdulillah ujian darah pun positif hamil dan selepas scan semula baru doktor jumpa kantung tu, kecil sangat lagi sebab tu susah nak jumpa. Syukur anak mama sihat kat dalam. 

Nanti mama sambung lagi ya.. Love~ #diairimamaA





0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda =)