Untuk jadi ahli Shaklee, ada 3 cara:
![]() |
Join Us Now |
Cara Daftar Ahli Shaklee 2020, Shaklee COD Bandar Sunway, Shaklee COD Petaling Jaya., Shaklee COD Taman Medan, Shaklee malaysia., Shaklee Taman Medan
Untuk jadi ahli Shaklee, ada 3 cara:
![]() |
Join Us Now |
Mudahnya Bisnes Shaklee, pos seluruh malaysia, Shaklee COD Bandar Sunway, Shaklee COD Petaling Jaya., Shaklee COD Taman Medan, Shaklee malaysia., Shaklee Taman Medan
Balik kerja tadi singgah sekejap ke HQ, saje jalan-jalan melawat kawasan.
Esok dah PKPB, belum tentu lagi dapat jalan-jalan sini.
Kebanyakkan rak dah hampir penuh dengan vitamin. Esp, Oste, Omega, ResV dan Youth.
Seronoknya tengok, rasa nak ambil semua.
![]() |
ResV Shaklee |
Tapi bisnes Shaklee ni mudah, kita tak perlu nak simpan st0k sebab HQ yang akan p0s kan ke Customer kite.
Apa yang perlu hanya kongsikan sahaja manfaat setiap vitamin tu kepada semua.
Lagi best bila kita dah dapat #shakleeeffect tu, saya dah banyak tau dapat “effect” tu.
Sebab itu lah saya masih menjadi pengguna tegar shaklee ni, dah hampir nak masuk tahun ke-6 tau.
Yang paling penting dan best sekali saya dapat bantu orang lain kekal sihat, kekal bertenaga dan cantik. 😍
Ada yang nak j0iN team saya ? #infinitylegacy
J0m saya buka peluang untuk awak yang nak jana inc0me dengan shaklee. Jika nak mendaftar sendiri boleh Klik Di Sini Untuk Mendaftar Rm35
Shaklee COD Bandar Sunway, Shaklee COD Petaling Jaya., Shaklee COD Taman Medan, Shaklee Taman Medan, Sijil HALAL Shaklee, Sijil HALAL Shaklee 2020
![]() |
Sijil HALAL Shaklee 2020 Klik gambar untuk paparan lebih jelas. |
![]() |
Sijil HALAL Shaklee 2020 Klik gambar untuk paparan lebih jelas. Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA). Jadi, anda tak perlu risau untuk menggunakan produk Shaklee.Gunakan tanpa was-was. Hubungi kami: https://idayurosli.wasap.my/ Page FB : Kedai Vitamin Taman Medan Your Certified Shaklee Product Consultant COD Taman Medan Pengeposan ke seluruh Malaysia |
Bersalin di HKL, Pengalaman bersalin czer anak ketiga, Shaklee COD Bandar Sunway, Shaklee COD Petaling Jaya., Shaklee COD Taman Medan
Assalamualaikum semua.
1/7/2019 tarikh yg tak mungkin dapat aku lupakan.
Pagi itu seawal jam 3 pagi perutku mengeras dan memulas. Aku anggap ianya perkara biasa kerana kandunganku baru berusia 37 minggu 4 hari. Aku bangun ketika suami dan anak-anak masih lena diulit mimpi. Aku mengemas pakaianku untuk kegunaan di kampung nanti, hanya itu sahaja yang belum siap di kemas.
Aku mengemas sambil melayan perasaan, aku sendiri tidak pasti dengan apa yang aku rasa dan fikirkan ketika itu. Air mataku tidak berhenti mengalir, aku terasa sedih benar.
Tanpa sedar jam berganjak ke angka 6. Aku kejut suamiku untuk bangun dan mengajaknya ke hospital. Yaa, perutku mengeras lain macam kali ini. Setiap 30 minit sekali dalam tempoh 1-2 minit jangka mengerasnya. Serius aku lupa, adakah itu kontraksi? Aku sendiri tertanya-tanya, perlu atau tidak sebenarnya ke hospital. Memandangkan suamiku berkata “kita pergi sahaja periksa dahulu, mana tahu baby nak keluar awal”. Aku pun bersetuju untuk ke Hospital Kuala Lumpur.
Aku persiapkan diri sambil suamiku mandikan anak-anak. Jiwaku masih lagi sendu, sedih benar rasanya.
Seawal jam 8 pagi aku dan suami menghantar anak-anak ke rumah pengasuh, anak-anak melambai seperti biasa. Tanpa sedar air mataku mengalir, aku tak sanggup rasanya nak berpisah dengan mereka untuk hari ini.
Sebelum bergerak ke hospital kami sempat sarapan pagi dahulu di gerai berhampiran rumah. Aku makan nasi goreng dan telur mata. Ketika itu perutku masih mengeras, kekerapannya semakin tinggi. Aku pinta suami untuk segera ke hospital.
Suami mengajakku untuk singgah dahulu di pejabatnya untuk mengambil GL. Perjalanan yang biasanya pendek menjadi panjang kerana kesesakkan lalulintas. Kami sampai di hospital sekitar jam 10pg.
Di hospital suami menurunkan aku di bangunan wad bersalin dan berlalu pergi untuk meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya. Sambil menunggu nama dipanggil, aku sempat berborak dengan ibu-ibu lain yang berada di situ.
Kini tiba giliranku untuk diperiksa oleh seorang doktor wanita. Perkara pertama yang dilakukannya adalah dengan meng’scan’ perutku, berkerut kening doktor tersebut sambil melihat di skrin. Beliau memanggil rakan doktornya juga seorang doktor wanita untuk melihat kandunganku. Doktor tersebut turut memeriksa berapa bukaan yang ada, ternyata telah terbuka 2cm laluan untuk melahirkan.
Tanpa banyak bicara doktor tadi tersenyun kepadaku dan berkata “puan terpaksa ‘emergency czer’ hari ini juga kerana anak puan songsang dan jalan dah bukak 2cm. Kami takut risiko uri atau tali pusat terkeluar dahulu. Ianya akan membahayakan kedua ibu dan bayi. Puan harap bertenang ya”. Lidahku kelu, aku terasa ingin menangis sekuatnya tetapi masih mampu ku tahan.
Jururawat mula mengambil tugas mereka, ada yang memasang alat CTG untuk memantau denyutan jantung bayi, ada yang mengambil darah dan memasang jarum ditanganku sambil memberi ubat untuk pembedahan dan ada yang cuba menenangkan aku.
Setelah semuanya selesai, aku mencari kelibat suamiku. Suamiku memandang sayu dan menganggukan kepala. Doktor telah menerangkan semuanya. Kami REDHA.
Jururawat memberikan aku pakaian untuk ditukar, ianya berwarna biru. Ya, pakain untuk ke bilik pembedahan. Aku ditolak ke dewan bersalin sementara menunggu dewan pembedahan kosong, suamiku turut serta.
Ketika di dalam dewan bersalin, doktor bertugas menghampiriku. Beliau membaca failku dan cuba untuk memusingkan bayi kearah yang sepatutnya tetapi gagal kerana anak dalam kandunganku tidak mahu bergerak mengikut putaran yang beliau lakukan. Beliau juga tidak mahu mencuba lagi kerana laluan telah terbuka dan risiko lain adalah tinggi.
Aku menunggu sekitar 5 jam didalam dewan bersalin sambil melayan kontraksi 4in10, sakitnya 5 minit sekali. Huhh, kalau tak songsang mesti dah keluar dah babynya.
Jam 5 petang aku ditolak ke dewan pembedahan, ya inilah pengalaman pertama yang tak akan aku lupakan. Semua jururawat dan doktor telah bersedia menunggu kehadiranku. Seorang doktor bius juga seorang doktor wanita sangat lemah lembut menerangkan kepadaku prosedur bius yang akan beliau lakukan. Aku dicucuk di tulang belakang, rasanya sangat sakit ketika jarum dicucuk. Selepas 5 minit kakiku dan perut menjadi kebas dan tiada rasa, doktor tadi cuba menguji dengan mencucuk kedadaku dan perutku sambil bertanya apakah aku masih terasa jarum tersebut. Sesungguhnya tiada apa yang dapat dirasakan dan proses pembedahan diteruskan. Selang 15 minit kemudian terdengarlah tangisan seorang bayi. Alhamdulilah bayiku telah selamat melalui proses pembedahan.
Maka lahirlah hamba Allah yang diberi nama Aidan Rizqi Bin Mohd Kusairi pada 1/7/2019 @ 17.28 dengan berat 3.15kg (37 minggu 4 hari).
![]() |
Aidan Rizqi 01/07/2019 |
APA ITU SEDEKAH SUBUH?
.
Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh iaitu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat subuh. Jangka waktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan memasukkan sedikit wang ke dalam satu bekas secara istiqomah selama 40 hari.
.
CARA-CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.
.
LANGKAH-LANGKAH.
.
1. Sediakan satu bekas yang boleh diisi duit. Saya cadangkan bekas kuih raya plastik bertutup merah yang jernih warnanya (atau apa saja bekas yang sesuai).
.
Langkah 1
• Lestari – kitar semula.
• Mudah dan murah.
• Nampak duit kita terkumpul sebab warna bekas tu jernih – jadi MOTIVASI.
.
Langkah 2
• bertanggungjawab terhadap tabung kita sendiri.
.
~ Setiap pagi selepas solat subuh masukkanlah sedikit duit dalam tabung tersebut – seikhlas hati, RM2.00 atau RM1.00 ataupun RM0.10… tak kisah asal ikhlas dan mampu.
.
Langkah 3
• Biar sikit asal istiqomah.
• Sederhana dalam amalan.
.
~ Semasa kita memasukkannya, niatlah dalam hati tentang hajat @ apa keperluan kita – mudah-mudahan Allah perkenankan.
.
Langkah 4
• Tidak salah memohon dari pemilik kita.
• ALLAH tempat meminta.
• Jgn fikir ikhlas @ tidak sebab utk ikhlas kena latihan.
.
~ Selepas itu doa (ringkas saja dlm Bahasa Melayu pun boleh dan yakinlah bahawa setiap janji ALLAH benar) cth: Ya Allah,perkenankanlah hajatku.
.
Langkah 5
• Bertawasul dengan amal soleh.
• Membentuk keyakinan ke peringkat haqqul yakin.
.
~ Teruskan setiap subuh hingga cukup 40 hari @ 30 hari -
tak salah kalau tiap-tiap hari nak pergi beri sendiri ke rumah anak yatim.
.
Langkah 6
• Untuk membentuk sikap istiqomah bukan bermusim.
• Untuk menjimatkan masa sebab waktu pagi ada sibuk dengan urusan pergi kerja/sekolah dll.
.
~Waktu yang dicadangkan ialah SELEPAS SUBUH SEBELUM SYURUK (boleh juga waktu bila-bila pun buat sebab sedekah ni tak ada had masa).
.
Langkah 7
• Setiap pagi ada malaikat yang mendoakan orang yang membuat amal soleh. – rebut peluang ini dengan iringan doa malaikat.
.
~ Setelah 40 hari terus keluarkan untuk dibuat agihan - teruskan sedekah subuh pada hari 41 dikira hari 1 semula.Tidak menjadi kesalahan jika tak cukup 40 hari.
.
Langkah 8
• 40 hari ini hanya latihan utk istiqomah.
• Juga utk membentuk kesabaran.
• Juga utk menguji keimanan – sejauh manakah kita amanah menjaga duit sedekah selama 40 hari itu.
• Untuk memudahkan @ Jika mampu pergi cari fakir miskin setiap subuh setiap hari(ini lebih baik).
.
Jika outstation masih teruskan, lepas subuh, asingkan duit yang hendak disedekah kan itu ke dalam sampul duit raya/envelope terpakai atau apa saja bekas yang berasingan, dan apabila sampai di rumah kelak, masukkan duit yang disedekahkan itu dalam tabung sedekah subuh kita. Iaitu dipindahkan ke tabung yang sedia ada.
.
Langkah 9
• Supaya kita tetap melaksanakan sedekah walaupun berada di mana sahaja.
.
APA JADI KALAU SAYA TERLAJAK SUBUH?.
.
Teruskan sedekah seperti biasa dan berazam dengan sebenar-benarnya esok saya akan sedekah pada waktu subuh.
.
BOLEH TAK KALAU SAYA SEDEKAH SUBUH TAPI TIDAK SOLAT SUBUH?.
.
Solat itu wajib, sedekah itu sunat. Amalan wajib mesti dilakukan kalau tidak bagaimana hendak mengira amalan sunat jika wajib tidak dibuat? Boleh sedekah, tetapi adakah diambil kira oleh ALLAH?.
.
APA NAK BUAT DENGAN DUIT SEDEKAH SUBUH TU?.
1. Join Projek-projek kebajikan seperti wakaf (sekolah, masjid, Al-Quran, jalan, telaga dan lain-lain), supaya dapat menimbulkan semangat Ukhwah dan hasilnya Nampak secara jelas. Team Sedekah Subuh akan membahagikan sumbangan itu kepada wakaf, sarapan pagi anak yatim dan fakir miskin, serta lain-lain kebajikan.
2. Boleh agihkan sendiri sama ada dalam bentuk tunai atau barangan kepada penerima yang tuan/puan fikirkan layak dan sesuai.
3. Beli makanan kucing, burung dan sebagainya – sedekah kepada haiwan.
4. Beri kepada ahli keluarga, yang termasuk dalam golongan anak yatim atau asnaf iaitu layak menerima zakat.(misalnya sepupu/anak buah).
.
PANTANG LARANG:
.
Duit yang telah kita sedekahkan (walaupun masih Nampak di mata dalam tabung sedekah subuh itu) tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi kerana sebaik sahaja tuan/puan mengeluarkan wang dari dompet/saku tuan/puan untuk dimasukkan dalam tabung maka hak duit itu sudah berpindah kepada HAK ALLAH DAN MENJADI MILIK ALLAH…agihkan kepada mereka yang selayaknya.
.
PERINGATAN.
.
Allah akan beri dalam bentuk:
1. Ketenangan hati
2. Material
3. Kemudahan urusan seharian diri sendiri atau anak-anak/ahli keluarga
4. Kesihatan
5. Dan sebagainya
.
Allah memberi mengikut keperluan seseorang kerana ALLAH lebih mengetahui.Ini serah kepada ALLAH kerana ALLAH sahaja yang tahu apa sebenarnya keperluan kita. Allah juga akan beri secara.
.
1. Cash – segera
2. Lambat
3. Beri di dunia
4. Beri di akhirat
.
BOLEHKAH KALAU SAYA TAK MAHU KUMPUL 40 HARI TETAPI NAK AGIH TERUS?
.
Sangat baik dan saya ucapkan tahniah jika kita dapat melaksanakannya setiap hari dalam waktu yang ditentukan.
.
BUKANKAH CARA INI MACAM TAK IKHLAS? MENGHARAP BALASAN.
.
Bila buat sedekah subuh ni niat macam-macam, nak mintak macam-macam, macam tak ikhlas pulak, nak balasan…(mungkin persoalan ini ada dalam minda anda) Ikhlas itu milik Allah, hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada sipenderma ikhlas atau tidak.Dan adakah mengharapkan balasan itu salah? Dan adakah meminta dari ALLAH itu salah? ALLAH memiliki segala kerajaan di langit dan di bumi, ALLAH sentiasa menunggu kita meminta dariNYA…DIA memiliki sekujur jasad dan roh kita, kenapa rasa bersalah meminta dari DIA dan tidak bersalah meminta dari makhluk ciptaanNYA?
Ikhlas perlu latihan, bertatih, berlatih, jatuh bangun, tersungkur, hingga sampai satu masanya nanti kita akan jadi ikhlas….tunggu sajalah saatnya akan tiba, tanpa latihan begini, agak sukar kita mencapai ke tahap tersebut.
.
Cara spesifik yang diajarkan ini bukanlah satu-satunya cara sedekah subuh dan bukanlah menganggap membuat tabung sedekah subuh itu sebagai sunnah. Ada banyak cara lagi, dan boleh diinovasikan selagi tidak bercanggah dengan syarak.
.
.
#SharingIsCaring
#UntukPeringatanDiriSendiri
#SedekahSubuh
#Assalamualaikum
#KonsistenDalamSetiapUsaha
#salindantampal
Lebih dikenali sebagai Idayu Rosli. Pengedar Sah Shaklee (1208396) dan pengguna produk Shaklee sejak 2015. Servis pos ke seluruh Malaysia. Sebarang pertanyaan atau order boleh hubungi Ayu di talian 019-7744890
SALAM PERKENALAN